Wednesday, August 12, 2009
Tuesday, August 11, 2009
objektif
tujuan kumpulan kami menjalankan perusahaan menanam ubi ini adalah untuk menambah pendapatan dan seterusnya mengurangkan golongan penganggur di kampung kami.dengan adanya projek ini,kami dapat mengurangkan kadar tanah terbiar di kawasan kampung kami.disamping itu kite juga dapat menambah pengetahuan tentang penanaman ini.
Posted by dupachendana at 1:14 AM 0 comments
Monday, August 10, 2009
ubi kentang
Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.
Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.
Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.
Posted by dupachendana at 8:42 PM 0 comments
ubi keledek
Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran.
Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu,
Cucur Badak - Ubi Keledek
Bhn B : (inti) 1 Cawan kelapa parut 3 Biji cili padi / cili kering 2 Sudu Udang kering / Ikan Bilis Sedikit Garam dan serbuk Perasa Sedikit Gula
Cara:
Rebus ubi keledek sehingga lembut (jgn terlalu lembik) toskan dan sejukan. Kemudian lenyek ubi tersebut sehingga hancur serta tambah sedikit tepung gandum sehingga boleh dibentuk (doh).Panaskan kuali,tanpa minyak. Masukkan isi kelapa, cili yg telah di tumbuk bersama udang kering serta serbuk perisa gaul sehingga sebati dan sedikit garing.Bentukkan doh dan masukkan inti td. Goreng doh sehingga warna keemasan.
Cadangan Hidangan:
3 Org
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
Tapak penanaman perlu dibajak dan diputar. Sekali bajak dan putar sudah mencukupi. Batas berukuran 60 cm lebar dan 30 cm tinggi disediakan.
Penyediaan Bahan Tanaman
Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi.
Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.
Penanaman Di Ladang
Keratan sepanjang 20 cm dimasukkan ke dalam tanah dan 10 cm lagi dibiarkan di atas tanah.
Jarak penanaman: 1 m x 0.3 m (1 ha - 33,333 keratan)
PENYAKIT DAN PEROSAK
Penyakit
(i) Keropeng (agen penyebab: Elsinae batatas)
Tanda-tanda:
Patogen ini menyebabkan binti-bintik pada urat daun, petiol, lai daun dan batang. Bintik-bintik ini kecil, bulat hingga eliptikal yang berwarna coklat yang dikelilingi oleh warna ungu.
Bahagian terkena jangkitan menjadi berkabus dan kemunculan keropeng, tisu-tisu menjadi berubah bentuk, cacat dan pertumbuhan terbantut.
Cadangan kawalan:
1. Guna varieti tahan penyakit jika ada
2. Guna sala satu racun kulat seperti Benomyl (Benlate), kuprum oksiklorid atau Maneb yang disembur selang 10-14 hari.
(ii) Bintik Daun Cercospora
Organisma penyebab: Cercospora timorensis.
Bintik-bintik halus berwarna perang , berbentuk bulat dan bersiku-siku pada daun. Serangan teruk menyebabkan daun luruh. Kerap terjadi dalam keadaan cuaca lembab.
Cadangan kawalan:
Serangan teruk - guna racun kulat seperti Maneb atau Zineb.
Perosak
(i) Kumbang (Cylas formicarius)
Serangga ini paling teruk merosakkan ubi keledek. Kumbang dewas memakan bahagian permukaan ubi dan larvanya membuat saluran dalam batang dan ubi. Serangan boleh dikesan apabila kelihatan lubang-lubang halus pada ubi.
Cadangan Kawalan:
1. Amalkan penanaman bergilir
2. Gunakan bahan tanaman bebas serangga perosak
3. Remdam keratan dalam racun serangga selama 30 minit sebelum ditanam
4. Taburkan racun butir carbofuran di sekeliling pangkal tanam-tanaman
5. Segerakan penuaian bila ubi sudah sedia untuk dipungut hasil
6. Timbus ubi-ubi yang terdedah
(ii) Tikus
Tikus biasa memakan yang terdedah di permukaan tanah. Seranggan yang serius boleh menyebabkan kerugian besar. Umpan yang mengandungi racun walfarin boleh digunaka
ANGGARAN KOS PENGELUARAN
Anggaran untuk:
Kepadatan penanaman:
33,333 kertan sehektar
Jarak penanaman:
1.0 m x 0.3 m bagi keluasan 1 hektar
Tempoh matang:
4 bulan
KOS PENGELUARAN:
1- Benih : Rm 500.00
2-Menyediakan kawasan dan batas : Rm 80.00
3-Membaja:Rm300.00
4-Merumpai:Rm150.00
5-Mengawal perosak:Rm500.00
Jumlah keseluruhannya:
Rm1530.00
Posted by dupachendana at 8:40 PM 0 comments
Labels: bi
ubi kayu
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan
kerepek ubi nie yg sedapnya kalau pakai ubi kuning.
tapi ubi kuning nie tak ramai yg tanam sbb tak sedap
utk dimakan atau dibuat kuih ker. biasa yg jual kat
pasar tuh ubi putih. biasanya yg dia org buat kerepek
nie guna ubi putih. kaler cerah jer kan. kalau guna
ubi kuning kerepek nyer kuning sikit dan lebih rangup.
kat JB ada satu tempat yg guna ubi kuning nie tapi
sekarang ni pun dia kata susah nak dapat.
ada sesapa yg ada baka ubi kuning nie??
kalau ubi biasa tuh saya ada la,
ubi pulut pun ada, ubi gajah pun ada, ubi tahun pun ada.
l
lepat ubi kayu
Posted by dupachendana at 8:01 PM 0 comments
ubi keladi
pokok keladi sebaring
Walaupun batang Pokok Keladi Sebaring tidak boleh dimakan, batang ini telah dipergunakan sebagai makanan di Malaysia dan Singapura semasa pendudukan Jepun. Batang pokok itu harus dimasak untuk masa yang amat panjang supaya dapat menghilangkan hablur-hablur oksalat yang beracun.
Jusnya yang pedar memberi kelegaan segera terhadap rasa pedih yang diakibatkan oleh pokok Laportea (bahasa Inggeris: Giant Nettle). Di Jawa, akar-akar dan daun-daun yang tercencang digunakan sebagai poultis (tuam) untuk sakit sendi.
'Keladi Tikus atau nama saintifiknya Typhonium flagelliforme merupakan sejenis tumbuhan yangterdapat di ASEAM.
Keladi Tikus telah dikembangkan oleh Prof Dr Chris KH Theo dari Universiti Sains Malaysia sejak 1955. Dia meneliti tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme), yang terbukti dapat menghentikan dan membunuh sel barah, sekaligus bersifat antibarah dan antibakteri
Ia merupakan sejenis pokok keladi hiasan jenis kacokkan yang sangat menarik. Ia berasal daripada kawasan tropika Amerika Selatan. Banyak jenis kacokkan beranika warna telah dihasilkan. Pokok ini dibiakkan dengan cara membahagikan rumpunnya atau menanam keladinya.
pokok keladi seberang
Pokok Keladi Seberang atau juga dikenali sebagai Birah Negeri dalam nama saintifiknya Alocasia macrorrhiza merupakan tumbuhan yang terdapat di ASEAN.
Pokok Keladi Seberang merupakan sejenis pokok yang mempunyai bahan toksin iaitu hablur kalsium oksalat dalam bunga dan tangkai daunnya. Getahnya mampu menyebabkan keradangan akibat bahan kimia.
kerepek ubi keladi
Posted by dupachendana at 7:56 PM 0 comments
ciptaanNYA....
tahukah kite...
jadi jangan lah kite membenci mereka sumua....
tengok tu...walaupun diorang tu baby tapi diorang tetap cute....hahahaha....
Posted by dupachendana at 1:02 AM 0 comments